Wednesday, 4 July 2012

Pendaraban susah?ADA PENYELESAIANNYA =)


Assalamualaikum, salam muhibah kepada para pembaca dan murid-murid sekalian...

Topik PENDARABAN merupakan topik yang agak mencabar bagi murid-murid. Kebiasaannya murid-murid akan mengalami masalah dalam menyelesaikan soalan pendaraban yang berdigit besar. 

Oleh itu, di sini saya ingin menunjukkan satu kaedah yang boleh menggantikan kaedah bentuk lazim dalam menyelesaikan soalan pendaraban iaitu

KAEDAH PENDARABAN LATTICE

Kaedah ini telah diperkenalkan dalam silibus matematik sekolah rendah bagi tajuk pendaraban sebagai alternatif kepada kaedah tradisional iaitu bentuk lazim. 

Kelebihan kaedah pendaraban lattice (kaedah kekisi) :
- Sistematik dan mudah difahami
- Tidak mengelirukan bagi proses pengumpulan semula
- Kesalahan pengiraan dapat dikurangkan kerana penggunaan kotak memisahkan operasi darab dan tambah
 
Jom kita lihat macam mana kaedah lattice ni :)

LANGKAH 1 :
Bina kekisi mengikut angka yang hendak didarab.Nombor yang hendak didarab akan diletakkan di sepanjang bahagian atas dan tepi kekisi..

Contoh :
118 x 117

LANGKAH 2 :
Buat garisan pepenjuru bagi setiap kotak kecil dari sudut atas kanan ke sudut kiri.


LANGKAH 3 :
Darab digit nombor di setiap kotak lajur dan baris. Setiap kotak diisi dengan hasil darab digit di atas dan di kanan kotak. Nilai tempat puluh di pepenjuru atas dan nilai tempat sa di pepenjuru bawah. Jika hasil darab tidak mempunyai nilai tempat puluh, kotak pepenjuru atas diisi dengan digit sifar.
LANGKAH 4 :                                                                                                                                          
Setelah semua kotak grid diisi dengan digit yang sepatutnya, tambah semua nombor sepanjang garisan pepenjuru bermula dari sudut kanan bawah.  
LANGKAH 5 :
Untuk mendapatkan jawapannya, jawapan dibaca dari lajur paling kiri turun ke digit di bahagian bawah. Jawapannya, 13 806. 
 118 x 117 = 13 806

Untuk langkah yang lebih jelas, saya masukkan video ini yang menunjukkan perbandingan antara pendaraban tradisonal dan pendaraban lattice.



SELAMAT MENCUBA!

Thursday, 28 June 2012

Elemen Nyanyian dalam Matematik

Nyanyian mahupun muzik merupakan elemen penting yang boleh membantu kanak-kanak mengingat formula matematik dengan berkesan. Di sini saya kongsikan sebuah video menarik tentang 'Cara Mengingat Formula Matematik Menggunakan Lagu'.

UPSR 2012 akan bermula pada bulan September nanti. Apa kata murid-murid sekalian terutamanya Tahun 6 cuba praktikkan lagu ini untuk membantu anda membuat persediaan menjawab soalan Matematik UPSR 2012 tidak lama lagi?Mari nyanyi!

Saturday, 23 June 2012

Anda Suka Matematik - Matematik Suka Anda


Teringat zaman sekolah rendah dulu. Guru matematik saya selalu berpesan kepada saya dan rakan-rakan, 'Kalau kita suka matematik, matematik pun suka kita'.

Maksud di sini adalah, jika kita minat untuk belajar matematik, maka matematik akan menjadi mudah bagi kita.

Ayuh kita hayati kata-kata menarik tentang matematik yang dipetik daripada tokoh-tokoh ilmuan dan matematik di mana dapat memberi motivasi kepada kita.

" Life is good for only two things, discovering mathematics and teaching mathematics." ~ Simeon Poisson 

"To create a healthy philosophy, you should renounce metaphysics but be a good mathematician." ~ Bertrand Russell, 1935.

"If people do not believe that mathematics is simple, it is only because they do not realize how complicated life is."  ~John Louis von Neumann