Assalamualaikum, salam muhibah kepada para pembaca dan murid-murid sekalian...
Topik PENDARABAN merupakan topik yang agak mencabar bagi murid-murid. Kebiasaannya murid-murid akan mengalami masalah dalam menyelesaikan soalan pendaraban yang berdigit besar.
Oleh itu, di sini saya ingin menunjukkan satu kaedah yang boleh menggantikan kaedah bentuk lazim dalam menyelesaikan soalan pendaraban iaitu
KAEDAH PENDARABAN LATTICE
Kaedah ini telah diperkenalkan dalam silibus matematik sekolah rendah bagi tajuk pendaraban sebagai alternatif kepada kaedah tradisional iaitu bentuk lazim.
Kelebihan kaedah pendaraban lattice (kaedah kekisi) :
- Sistematik dan mudah difahami
- Tidak mengelirukan bagi proses pengumpulan semula
- Kesalahan pengiraan dapat dikurangkan kerana penggunaan kotak memisahkan operasi darab dan tambah
Jom kita lihat macam mana kaedah lattice ni :)
LANGKAH 1 :
Bina kekisi mengikut angka yang hendak didarab.Nombor yang hendak didarab akan diletakkan di sepanjang bahagian atas dan tepi kekisi..
Contoh :
118 x 117
LANGKAH 2 :
Buat garisan pepenjuru bagi setiap kotak kecil dari sudut atas kanan ke sudut kiri.
LANGKAH 3 :
Darab digit nombor di setiap kotak lajur dan baris. Setiap kotak diisi dengan hasil darab digit di atas dan di kanan kotak. Nilai tempat puluh di pepenjuru atas dan nilai tempat sa di pepenjuru bawah. Jika hasil darab tidak mempunyai nilai tempat puluh, kotak pepenjuru atas diisi dengan digit sifar.
LANGKAH 4 :
Setelah semua kotak grid diisi dengan digit yang sepatutnya, tambah semua nombor sepanjang garisan pepenjuru bermula dari sudut kanan bawah.
LANGKAH 5 :
Untuk mendapatkan jawapannya, jawapan dibaca dari lajur paling kiri turun ke digit di bahagian bawah. Jawapannya, 13 806.
118 x 117 = 13 806
Untuk langkah yang lebih jelas, saya masukkan video ini yang menunjukkan perbandingan antara pendaraban tradisonal dan pendaraban lattice.
SELAMAT MENCUBA!