Saturday 21 July 2012

LATTICE lagi!


Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Salam Ramadhan buat semua umat Islam. Semoga ketibaan bulan yang penuh barakah ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. InsyaAllah =)

Entri sebelum ni adalah mengenai penggunaan kaedah LATTICE dalam topik pendaraban. Untuk entri kali ini, saya nak perkenalkan kaedah lattice dalam tajuk penambahan pulak!

Ye, memang tajuk penambahan agak senang dan mudah dikuasai. Namun, masih ada segelintir murid di luar sana yang masih melakukan kesalahan dalam melakukan operasi penambahan yang melibatkan nombor berdigit besar.

Kesalahan lazimnya dilakukan semasa proses pengumpulan semula. Sebab itulah saya ingin mencadangkan penggunaan kaedah lattice dalam topik penambahan. Kaedah ini mudah kerana murid tidak akan mengalami kekeliruan dalam mengumpul semula.

Kaedah penambahan lattice ini mempunyai persamaan dengan kaedah pendaraban lattice iaitu kedua-duanya memerlukan kotak dibina terlebih dahulu.


Langkah penambahan :

1. Tambah nombor bagi setiap lajur dan tulis jawapan dalam ruangan pepenjuru. 
2. Untuk hasil tambah yang perlu ditulis bagi setiap pepenjuru, segitiga atas mewakili digit pertama manakala   segitiga bawah mewakili digit kedua.
3. Tambah kedua-dua digit dan tulis jawapan akhir mengikut garisan pepenjuru. 

Mudah kan? =)