Tuesday 24 July 2012

Mari menyanyi!



Kali ini, saya nak share satu video nyanyian yang boleh membantu murid menghafal bulan-bulan dalam kalendar.Guru-guru boleh gunakan video ini di dalam kelas untuk mewujudkan P&P yang ceria dan meningkatkan motivasi murid.Ayuh! =)



Saturday 21 July 2012

LATTICE lagi!


Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Salam Ramadhan buat semua umat Islam. Semoga ketibaan bulan yang penuh barakah ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. InsyaAllah =)

Entri sebelum ni adalah mengenai penggunaan kaedah LATTICE dalam topik pendaraban. Untuk entri kali ini, saya nak perkenalkan kaedah lattice dalam tajuk penambahan pulak!

Ye, memang tajuk penambahan agak senang dan mudah dikuasai. Namun, masih ada segelintir murid di luar sana yang masih melakukan kesalahan dalam melakukan operasi penambahan yang melibatkan nombor berdigit besar.

Kesalahan lazimnya dilakukan semasa proses pengumpulan semula. Sebab itulah saya ingin mencadangkan penggunaan kaedah lattice dalam topik penambahan. Kaedah ini mudah kerana murid tidak akan mengalami kekeliruan dalam mengumpul semula.

Kaedah penambahan lattice ini mempunyai persamaan dengan kaedah pendaraban lattice iaitu kedua-duanya memerlukan kotak dibina terlebih dahulu.


Langkah penambahan :

1. Tambah nombor bagi setiap lajur dan tulis jawapan dalam ruangan pepenjuru. 
2. Untuk hasil tambah yang perlu ditulis bagi setiap pepenjuru, segitiga atas mewakili digit pertama manakala   segitiga bawah mewakili digit kedua.
3. Tambah kedua-dua digit dan tulis jawapan akhir mengikut garisan pepenjuru. 

Mudah kan? =) 


Friday 13 July 2012

Tarik Minat Murid Buat Homework

Tarik Minat Murid Buat Homework. Saya dah aplikasikan cara ni semasa praktikum ke-2 atas cadangan pensyarah pembimbing.

Seperti yang kita sedia maklum kanak-kanak sukakan kepada benda-benda yang menarik. Jadi sebagai guru, perlulah kita memikirkan pendekatan yang berbeza dan menarik untuk memotivasikan murid untuk belajar.

Pensyarah pembimbing menggalakkan saya dan rakan praktikum untuk mengaplikasikan gaya pembelajaran 'student centred' dalam P&P, menggunakan teknik penceritaan semasa mengajar dan menghasilkan lembaran kerja yang menarik dan mesra murid serta yang paling penting, berkaitan dengan 'real life' murid.

Saya nak kongsikan dengan anda salah satu lembaran kerja yang pernah saya hasilkan bagi tajuk 'Mass'.




Dengan meminimumkan penggunaan ayat dan menggunakan gambar-gambar untuk mewakili soalan, murid-murid akan lebih tertarik untuk membuat latihan. InsyaAllah =)

Wednesday 4 July 2012

Pendaraban susah?ADA PENYELESAIANNYA =)


Assalamualaikum, salam muhibah kepada para pembaca dan murid-murid sekalian...

Topik PENDARABAN merupakan topik yang agak mencabar bagi murid-murid. Kebiasaannya murid-murid akan mengalami masalah dalam menyelesaikan soalan pendaraban yang berdigit besar. 

Oleh itu, di sini saya ingin menunjukkan satu kaedah yang boleh menggantikan kaedah bentuk lazim dalam menyelesaikan soalan pendaraban iaitu

KAEDAH PENDARABAN LATTICE

Kaedah ini telah diperkenalkan dalam silibus matematik sekolah rendah bagi tajuk pendaraban sebagai alternatif kepada kaedah tradisional iaitu bentuk lazim. 

Kelebihan kaedah pendaraban lattice (kaedah kekisi) :
- Sistematik dan mudah difahami
- Tidak mengelirukan bagi proses pengumpulan semula
- Kesalahan pengiraan dapat dikurangkan kerana penggunaan kotak memisahkan operasi darab dan tambah
 
Jom kita lihat macam mana kaedah lattice ni :)

LANGKAH 1 :
Bina kekisi mengikut angka yang hendak didarab.Nombor yang hendak didarab akan diletakkan di sepanjang bahagian atas dan tepi kekisi..

Contoh :
118 x 117

LANGKAH 2 :
Buat garisan pepenjuru bagi setiap kotak kecil dari sudut atas kanan ke sudut kiri.


LANGKAH 3 :
Darab digit nombor di setiap kotak lajur dan baris. Setiap kotak diisi dengan hasil darab digit di atas dan di kanan kotak. Nilai tempat puluh di pepenjuru atas dan nilai tempat sa di pepenjuru bawah. Jika hasil darab tidak mempunyai nilai tempat puluh, kotak pepenjuru atas diisi dengan digit sifar.
LANGKAH 4 :                                                                                                                                          
Setelah semua kotak grid diisi dengan digit yang sepatutnya, tambah semua nombor sepanjang garisan pepenjuru bermula dari sudut kanan bawah.  
LANGKAH 5 :
Untuk mendapatkan jawapannya, jawapan dibaca dari lajur paling kiri turun ke digit di bahagian bawah. Jawapannya, 13 806. 
 118 x 117 = 13 806

Untuk langkah yang lebih jelas, saya masukkan video ini yang menunjukkan perbandingan antara pendaraban tradisonal dan pendaraban lattice.



SELAMAT MENCUBA!