Sunday 9 September 2012

UPSR 2012 Is Coming!

Assalamualaikum WBT. Salam sayang buat semua.

UPSR 2012 akan bermula pada hari Selasa. Di sini, saya ingin kongsikan slaid pembentangan tentang Teknik Menjawab Matematik UPSR sebagai persediaan bagi murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR.
teknik menjawab matematik upsr

Turut disediakan slaid pembentangan Teknik Menjawab Kertas 2 UPSR. Selamat Maju Jaya :)


Teknik Menjawab Kertas 2 Matematik Upsr

Saturday 8 September 2012

Bilingual Terms (Time)

1. Activity - Aktiviti
2. Analogue clock - Jam analog
3. Calendar - Kalendar
4. Construct - Bina
5. Convert - Tukarkan
6. Day - Hari
7. Decade - Dekad
8. Digital clock - Jam digital
9. Duration - Tempoh
10. End - Akhir
11. Event - Peristiwa
12. Extract information - Mendapatkan maklumat
13. Hour - Jam
14. 12-hour system - Sistem 12 jam
15. Leap year - Tahun lompat
16. Minutes - Minit
17. Month - Bulan
18. Programme - Rancangan
19. Schedule - Jadual
20. Start - Mula
21. Time - Masa/waktu
22. Timetable - Jadual waktu
23. Week - Minggu
24. Year - Tahun

Thursday 6 September 2012

Uji Tahap IQ Anda

Bagi sesiapa yang sudah seharian mengulangkaji pelajaran, jom relaks kan minda anda dengan mencuba 'IQ Test' ini. Lihatlah tahap IQ anda!

Get Adobe Flash Player 
 Play Game at GamesList.com

Bilingual Terms (Money)

1. Balance - Baki
2. Buy - Beli
3. Coins - Syiling
4. Currency - Mata wang
5. Expenses - Perbelanjaan
6. Money - Wang
7. Notes - Wang kertas
8. Price - Harga
9. Sell - Jual
10. Symbols - Simbol

Wednesday 5 September 2012

Duit Kertas dan Duit Syiling Malaysia Baru

Jom tengok duit kertas Malaysia baru yang telah dilancarkan pada 21 Disember 2011. Kali ini duit kertas Malaysia RM20 diperkenalkan semula. Duit kertas Malaysia baru yang lain adalah RM1, RM5, RM10, RM50 dan RM100.
Duit kertas baru ini telah diedarkan pada 16 Julai 2012.
Ini pula duit syiling Malaysia baru dalam dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Duit syiling ini telah dilancarkan pada 25 Julai 2011 dan telah mula diedarkan pada 16 Januari 2012.

Tujuan saya membuat entri ini adalah untuk berkongsi dengan semua tentang duit kertas dan syiling Malaysia yang baru sahaja diedarkan pada tahun ini. Saya pasti semua orang sudah pernah melihat dan menggunakan duit baru ini bukan? =)
Dalam tempoh beberapa tahun akan datang, buku teks, buku rujukan, buku latihan, bahan bantu mengajar bagi topik Wang (Money) pasti bertukar wajah iaitu dengan mengubah imej wang lama kepada wang baru. Diharapkan murid-murid sekalian membiasakan diri dengan duit baru ini ;)

Bilingual Terms (Decimals)

1. Convert - Tukar
2. Decimals - Nombor perpuluhan
3. Decimal place - Tempat perpuluhan
4. Decimal point - Titik perpuluhan
5. Hundredth - Per seratus
6. Tenth - Per sepuluh

Sunday 2 September 2012

Bilingual Terms (Fractions)

1. Denominator - Penyebut
2. Diagram - Rajah
3. Equivalent - Setara, sama
4. Fraction - Pecahan
5. Half - Setengah
6. Multiples - Gandaan
7. Number line - Garis nombor
8. Numerator - Pengangka
9. Portions - Bahagian
10. Proper fraction - Pecahan wajar
11. Quarter - Suku
12. Simplest form - Bentuk termudah

Friday 31 August 2012

Multiplication Problem Solving

Assalamualaikum...



Salam Merdeka!
Di kesempatan ini saya nak ucapkan HAPPY INDEPENDENCE DAY! Dah 55 tahun kita menikmati kemerdekaan.ALHAMDULILLAH.
 

Pada entri kali ini, saya ingin kongsikan kepada anda semua slaid Power Point tentang tajuk 'Multiplication Problem Solving' yang boleh diaplikasikan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran. Untuk pengetahuan semua, slaid ini telah disediakan oleh saya dan rakan sekumpulan, Nurul Ezzati. Slaid ini mengandungi lagu, permainan interaktif dan juga kuiz.Selamat menonton =)
Multiplication Problem Solving

Saturday 25 August 2012

Bilingual Terms (Whole Numbers)

1. Add - Tambah
2. Compare - Banding
3. Count - Kira, bilang
4. Difference - Beza
5. Digit value - Nilai digit
6. Divide - Bahagi
7. Divisor - Pembahagi
8. Estimate - Anggar
9. Minus - Tolak
10. Mixed operation - Operasi bercampur
11. Multiply - Darab, kali
12. Number sentence - Ayat matematik
13. Numeral - Angka
14. Place value - Nilai tempat
15. Product - Hasil darab
16. Quotient - Hasil bahagi
17. Range - Julat
18. Remainder - Baki
19. Repeated addition - Penambahan berulang
20. Round off - Bundarkan
21. Subtract - Tolak
22. Sum - Hasil tambah
23. Total - Jumlah
24. Vertical form - Bentuk lazim
25. Whole number - Nombor bulat

Wednesday 15 August 2012

Who Wants To Be A Millionaire?

1 SYAWAL bakal menjelang beberapa hari lagi. Di kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca beragama Islam. Maaf zagir dan batin =)

Dunia dewasa ini sentiasa bergerak ke hadapan seiring kemajuan teknologi. Begitu juga dengan pendidikan. EDUCATION IS CHANGING.

 Jom semua, kita try kuiz ini pulak. Berkonsepkan rancangan 'Who Wants To Be A Millionaire', kuiz ini pasti dapat menarik murid-murid kita untuk belajar. 

CONVERSION OF LENGTH
Conversion Length

Friday 10 August 2012

Jom Jawab Kuiz!!


Okay, untuk entri sebelum ini, saya telah masukkan bahan interaktif berupa permainan matematik. Kali ini saya sediakan soalan kuiz bagi murid Tahun 3 bagi Tajuk 'Whole Numbers'. Untuk murid-murid Tahun 3 bolehlah cuba kuiz ini!!


SERONOK KAN? =)

Wednesday 1 August 2012

Multiplication Game

Salam sayang buat semua :)

Sebagai bakal guru,saya sentiasa didedahkan dengan pelbagai bahan interaktif untuk membantu murid. Selain nyanyian, kuiz dan video, saya ingin kongsikan satu permainan matematik 'Multiplication Game' kepada anda semua. Cubalah. Pasti menyeronokkan! =)


Tuesday 24 July 2012

Mari menyanyi!



Kali ini, saya nak share satu video nyanyian yang boleh membantu murid menghafal bulan-bulan dalam kalendar.Guru-guru boleh gunakan video ini di dalam kelas untuk mewujudkan P&P yang ceria dan meningkatkan motivasi murid.Ayuh! =)



Saturday 21 July 2012

LATTICE lagi!


Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Salam Ramadhan buat semua umat Islam. Semoga ketibaan bulan yang penuh barakah ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. InsyaAllah =)

Entri sebelum ni adalah mengenai penggunaan kaedah LATTICE dalam topik pendaraban. Untuk entri kali ini, saya nak perkenalkan kaedah lattice dalam tajuk penambahan pulak!

Ye, memang tajuk penambahan agak senang dan mudah dikuasai. Namun, masih ada segelintir murid di luar sana yang masih melakukan kesalahan dalam melakukan operasi penambahan yang melibatkan nombor berdigit besar.

Kesalahan lazimnya dilakukan semasa proses pengumpulan semula. Sebab itulah saya ingin mencadangkan penggunaan kaedah lattice dalam topik penambahan. Kaedah ini mudah kerana murid tidak akan mengalami kekeliruan dalam mengumpul semula.

Kaedah penambahan lattice ini mempunyai persamaan dengan kaedah pendaraban lattice iaitu kedua-duanya memerlukan kotak dibina terlebih dahulu.


Langkah penambahan :

1. Tambah nombor bagi setiap lajur dan tulis jawapan dalam ruangan pepenjuru. 
2. Untuk hasil tambah yang perlu ditulis bagi setiap pepenjuru, segitiga atas mewakili digit pertama manakala   segitiga bawah mewakili digit kedua.
3. Tambah kedua-dua digit dan tulis jawapan akhir mengikut garisan pepenjuru. 

Mudah kan? =) 


Friday 13 July 2012

Tarik Minat Murid Buat Homework

Tarik Minat Murid Buat Homework. Saya dah aplikasikan cara ni semasa praktikum ke-2 atas cadangan pensyarah pembimbing.

Seperti yang kita sedia maklum kanak-kanak sukakan kepada benda-benda yang menarik. Jadi sebagai guru, perlulah kita memikirkan pendekatan yang berbeza dan menarik untuk memotivasikan murid untuk belajar.

Pensyarah pembimbing menggalakkan saya dan rakan praktikum untuk mengaplikasikan gaya pembelajaran 'student centred' dalam P&P, menggunakan teknik penceritaan semasa mengajar dan menghasilkan lembaran kerja yang menarik dan mesra murid serta yang paling penting, berkaitan dengan 'real life' murid.

Saya nak kongsikan dengan anda salah satu lembaran kerja yang pernah saya hasilkan bagi tajuk 'Mass'.




Dengan meminimumkan penggunaan ayat dan menggunakan gambar-gambar untuk mewakili soalan, murid-murid akan lebih tertarik untuk membuat latihan. InsyaAllah =)

Wednesday 4 July 2012

Pendaraban susah?ADA PENYELESAIANNYA =)


Assalamualaikum, salam muhibah kepada para pembaca dan murid-murid sekalian...

Topik PENDARABAN merupakan topik yang agak mencabar bagi murid-murid. Kebiasaannya murid-murid akan mengalami masalah dalam menyelesaikan soalan pendaraban yang berdigit besar. 

Oleh itu, di sini saya ingin menunjukkan satu kaedah yang boleh menggantikan kaedah bentuk lazim dalam menyelesaikan soalan pendaraban iaitu

KAEDAH PENDARABAN LATTICE

Kaedah ini telah diperkenalkan dalam silibus matematik sekolah rendah bagi tajuk pendaraban sebagai alternatif kepada kaedah tradisional iaitu bentuk lazim. 

Kelebihan kaedah pendaraban lattice (kaedah kekisi) :
- Sistematik dan mudah difahami
- Tidak mengelirukan bagi proses pengumpulan semula
- Kesalahan pengiraan dapat dikurangkan kerana penggunaan kotak memisahkan operasi darab dan tambah
 
Jom kita lihat macam mana kaedah lattice ni :)

LANGKAH 1 :
Bina kekisi mengikut angka yang hendak didarab.Nombor yang hendak didarab akan diletakkan di sepanjang bahagian atas dan tepi kekisi..

Contoh :
118 x 117

LANGKAH 2 :
Buat garisan pepenjuru bagi setiap kotak kecil dari sudut atas kanan ke sudut kiri.


LANGKAH 3 :
Darab digit nombor di setiap kotak lajur dan baris. Setiap kotak diisi dengan hasil darab digit di atas dan di kanan kotak. Nilai tempat puluh di pepenjuru atas dan nilai tempat sa di pepenjuru bawah. Jika hasil darab tidak mempunyai nilai tempat puluh, kotak pepenjuru atas diisi dengan digit sifar.
LANGKAH 4 :                                                                                                                                          
Setelah semua kotak grid diisi dengan digit yang sepatutnya, tambah semua nombor sepanjang garisan pepenjuru bermula dari sudut kanan bawah.  
LANGKAH 5 :
Untuk mendapatkan jawapannya, jawapan dibaca dari lajur paling kiri turun ke digit di bahagian bawah. Jawapannya, 13 806. 
 118 x 117 = 13 806

Untuk langkah yang lebih jelas, saya masukkan video ini yang menunjukkan perbandingan antara pendaraban tradisonal dan pendaraban lattice.



SELAMAT MENCUBA!